Hukuman lebih berat perlu bagi pemandu guna telefon bimbit ketika memandu
BALAKONG, 11 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap statistik yang menunjukkan lebih 46,000 saman dikeluarkan polis tahun lalu.
Katanya, hukuman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu hendaklah sama seperti dikenakan ke atas pemandu mabuk.
Pada masa ini, denda maksimum menggunakan telefon bimbit semasa memandu ialah RM300 manakala penalti bagi pemandu mengambil alkohol ialah denda sehingga RM2,000 serta penjara.
“Ini adalah satu kesalahan yang serius. Nyawa manusia boleh hilang dalam sesaat.
“Perkara ini perlu dikaji semula. Rakyat perlu tahu ia boleh berakhir dengan tragedi jika perhatian mereka tidak kepada jalan raya,” katanya selepas melawat Kompleks Rapid Bus di sini hari ini.
Pihak polis berkata, puluhan kemalangan telah berlaku disebabkan pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan masalah itu semakin buruk terutama dengan kedatangan aplikasi mesej seperti WhatsApp.
The post Hukuman lebih berat perlu bagi pemandu guna telefon bimbit ketika memandu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan