KPDNKK rampas iPhone, iPad Apple tiruan untuk pasaran antarabangsa

PUTRAJAYA, 11 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Dalam satu operasi khas di Klang, semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas telefon pintar iPhone dan tablet iPad jenama Apple bernilai lebih RM350,000.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaannya, Mohd Roslan Mahayudin berkata, kesemua barang rampasan itu dijual secara atas talian untuk pasaran antarabangsa seperti di Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK).

Katanya, pihaknya membuat rampasan 140 unit telefon pintar iPhone dan 86 unit iPad.

“Serbuan melibatkan lima pegawai penguatkuasa KPDNKK dan dua wakil pemilik cap dagang Apple ke atas premis itu.

“Ia dibuat selepas kami membuat risikan selama tiga bulan setelah menerima aduan daripada pemilik cap dagang.

“Ketika serbuan, 20 orang pekerja berada di dalam premis berkenaan. Pihak kami telah mengambil keterangan kesemua individu tersebut bagi membantu siasatan,” katanya.

Susulan itu beliau berkata, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan yang menggunakan perihal dagangan palsu atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barangan yang menggunakan perihal dagangan palsu, atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

The post KPDNKK rampas iPhone, iPad Apple tiruan untuk pasaran antarabangsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?