Rakyat Malaysia ditahan di Woodlands bawa heroin bernilai RM100,000
SINGAPURA, 5 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Seorang rakyat Malaysia ditahan di pusat pemeriksaan Woodlands selepas didakwa membawa bersama kira-kira 460 gram heroin yang dianggarkan bernilai S$32,000 (RM100,000).
Penahanan itu disahkan Penguasa Pusat Pemeriksaan dan Imigresen (ICA) serta Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama.
Menurut Portal News Asia Channel, ketika pemeriksaan dijalankan, seorang pegawai Imigresen menemui satu bungkusan berisi heroin.
Bagaimanapun, bungkusan kedua pula ditemui oleh seorang lagi pegawai CNB selepas menggeledah motosikal suspek.
“Jika didapati bersalah dan jumlah diamorphine atau heroin asli itu melebihi 15 gram, suspek boleh dihukum mati di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah,” kata kenyataan itu. – Agensi
The post Rakyat Malaysia ditahan di Woodlands bawa heroin bernilai RM100,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan