Ramlan Ibrahim dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Luar

PUTRAJAYA, 5 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ramlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Beliau menggantikan Tan Sri Othman Hashim yang tamat tempoh lantikan secara kontrak bagi jawatan berkenaan.

Ramlan yang berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Sastera (Hubungan Antarabangsa) dari Universiti of Webster, Amerika Syarikat (AS) sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 34 tahun selepas menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar menerusi karier perkhidmatan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Tenggara, Jabatan Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar; Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina; Duta Besar Malaysia ke Republik Korea; Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, New York, AS.

The post Ramlan Ibrahim dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Luar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?