Rasuah KSU: SPRM dijangka lawat PKNS tidak lama lagi

BANGI, 10 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan melawat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak lama lagi berhubung siasatan kes salah guna kuasa membabitkan Ketua Setiausaha Umum (KSU) sebuah kementerian, baru-baru ini.

Memetik laporan portal Mstar Online hari ini, lawatan itu adalah untuk mengesan dokumen rasmi daripada rekod PKNS bagi menentukan status 10 plot tanah yang diambil Datuk Mohd Arif Ab Rahman ketika berkhidmat bersama kerajaan Selangor.

Mohd Arif merupakan Presiden Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 2005 dan pegawai kewangan Selangor pada 2007.

Dilaporkan, SPRM mahu memastikan semua plot tanah yang dibeli di Selangor mengikut prosedur yang betul.

“Sebahagian daripada tanah itu didaftarkan di bawah nama isteri dan anak suspek, jadi kami perlu mengesahkan semua pembelian itu dilakukan secara telus,” kata sumber.

Beliau yang juga KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditahan minggu lalu selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa , rasuah dan pengubahan wang haram sejak pelantikannya pada 16 Oktober 2015.

Turut sama ditahan bagi membantu siasatan, dua anak lelakinya masing-masing berusia 29 dan 34 tahun.

Setakat ini, wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM6 juta sudah dirampas termasuk kira-kira 150 beg tangan dan jam tangan mewah.

The post Rasuah KSU: SPRM dijangka lawat PKNS tidak lama lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?