1,000 berkumpul protes lawatan Netanyahu ke Australia


SYDNEY, 27 Jamadilawal 1438H, Jumaat
– Kain rentang besar yang menggabungkan wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pemimpin Nazi, Hitler beserta tulisan ‘Fascist’ menyambut kehadiran pemimpin negara haram itu di Australia semalam.

Kira-kira 1,000 kumpulan pro-Palestin berdemonstrasi di Town Hall namun dikawal rapi oleh polis Sydney.

“Kami ingin menekan kerajaan Australia kerana bersekongkol dengan pembunuhan berterusan yang dilakukan oleh Israel.

“Kami di sini membantah sokongan Australia kepada Israel, sebuah negara apartheid dan fasis,” kata wakil Kumpulan Bertindak Palestin, Randa Abdel Fattah kepada media.

Netanyahu kini dalam lawatan beberapa hari ke negara kanggaru itu selepas mengunjungi Singapura.

Semalam, media juga melaporkan pesawat yang membawa Netanyahu terpaksa dilencongkan mengikut laluan yang lebih jauh daripada kebiasaan kerana dilarang memasuki ruang udara Indonesia. – Agensi

Sumber gambar Twitter

The post 1,000 berkumpul protes lawatan Netanyahu ke Australia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?