Ahli perniagaan wanita maut ditembak dua lelaki

GEORGETOWN, 24 Jamadilawal 1438H, Selasa – Seorang ahli perniagaan wanita maut ditembak oleh dua penunggang motosikal petang tadi di Jalan Lintang Pekaka 9, Gelugor di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang, SAC Zainol Samah berkata mangsa yang sedang memandu bersendirian dari Sungai Dua menuju ke Bukit Gambir telah ditembak lebih 10 das dalam kejadian kira-kira 5.45 petang tadi.

“Enam das daripada tembakan itu mengenai bahagian dada mangsa, yang menyebabkan kecederaan serius kepada wanita tersebut,” katanya kepada Bernama dan menambah, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – Bernama

The post Ahli perniagaan wanita maut ditembak dua lelaki appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?