Bank asing aksa kakitangan berhenti

KUALA LUMPUR, 26 Jamadilawal 1438H, Khamis – Sebuah bank asing di negara ini didakwa mengugut kira-kira 60 kakitangan supaya bersetuju dengan skim pemberhentian kerja secara sukarela (VSS), atau berdepan tindakan dipindahkan.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon dilaporkan sebuah portal sebagai mendakwa tindakan itu sama seperti memaksa dan bukan secara sukarela oleh kakitangan.

“Alasan yang diberikan pihak bank kerana ingin melakukan penstrukturan semula sistem perbankan mereka,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, VSS itu dilakukan bagi menggantikan pekerja lama dan digantikan dengan kakitangan baharu yang gajinya lebih rendah.

“Mereka buang pekerja lama berkhidmat beberapa tahun dalam memberi sumbangan dan membawa masuk pekerja baharu supaya mereka dapat bayar gaji dengan rendah. Itu matlamat utama yang kami kira tidak berapa sihat,” katanya.

Solomon berkata, sebelum ini Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK) pernah menasihatkan bank itu tidak meneruskan VSS dan berunding dengan NUBE.

“Kita hairan kenapa pihak Kementerian Kewangan, Bank Negara… mereka tidak ambil sebarang tindakan. Sepatutnya Bank Negara ambil tindakan dan tidak seharusnya membiarkan pihak yang berniat jahat buang pekerja,” katanya.

Bagaimanapun, dakwaan Solomon belum dapat disahkan.

The post Bank asing aksa kakitangan berhenti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?