Britain gesa Malaysia kongsi bukti Agen saraf VX bunuh Jong-nam

BRITAIN, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Malaysia digesa berkongsi dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan bukti Agen saraf VX yang membunuh abang tiri pemimpin tertinggi, Korea Utara, Kim Jong-nam.

Perkara itu dinyatakan Duta Britain, Matthew Rycroft dengan gesaan agar maklumat mengenai serangan pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) perlu dihantar ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di Hague.

“Jika mereka mendapat bukti, mereka perlu menghantarnya kepada OPCW dan kepada Majlis Keselamatan.

“Selepas itu, kita boleh mengambil tindakan selanjuntnya,” katanya.

Rycroft juga berharap mana-mana negara yang turut terlibat dalam kes ini di Malaysi akan mengemukakan bukti secepat mungkin.

Bagaimanapun, Duta Jepun, Koro Bessho berkata, terpulang kepada Malaysia untuk membuat keputusan sama ada ia mahu berkongsi maklumat itu.

“Pada dasarnya, kami menunggu Malaysia untuk tampil dengan keputusan yang jelas,” katanya.

Malaysia adalah penandatangan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) yang bertujuan menghapuskan penggunaan agen toksik.

Jumaat lalu, OPCW dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti bahawa Agen saraf VX digunakan dalam pembunuhan di lapangan terbang pada 13 Februari.

“Mana-mana penggunaan senjata kimia amatlah membimbangkan,” katanya. -Agensi

The post Britain gesa Malaysia kongsi bukti Agen saraf VX bunuh Jong-nam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?