Dialog TN50 Perspektif Islam: Ulasan Ketua Pemuda Isma


1) Secara teknikal dan susun atur majlisnya, ia berjaya memberikan ‘feel good factor’ kepada generasi muda yang hadir disebabkan konsep santai, kurang protokol, persembahan multimedia berimpak tinggi dan sesi selfie bersama pemimpin negara yang diadakan di akhir sesi rakaman

2) Namun, perjalanan majlis dialog jelas canggung apabila semua pandangan yang diutarakan dan soalan yang dilontar seolah dirancang sepenuhnya dengan begitu rapi. Yang bersuara hanya artis dan selebriti, pimpinan MPP universiti dan beberapa orang lain yang kelihatan ‘sangat bersedia’. Tiada soalan luar kotak, tiada pandangan provokatif, tiada perbezaan pendapat dan tiada konflik. Yang ada hanya watak-watak baik

3) Cuma ada satu soalan berkaitan sistem matawang emas vs matawang fiat yang agak menarik perhatian. Saya kurang pasti samada ia juga dirancang atau terlepas, tapi pada hemat saya TPM sepatutnya mampu menjawab soalan tersebut dengan lebih baik

4) Sangat mengecewakan apabila pentas dialog yang sepatutnya mendengar aspirasi anak muda secara terbuka dan bebas seolah disekat. Pada hemat saya, pimpinan negara sepatutnya lebih berani berhadapan dengan kepelbagaian pendapat dan kebebasan bersuara. Lebih baik berhadapan dengan ‘brutal facts’ (jika ada) sekarang daripada terus dihukum dalam pilihanraya nanti

5) Pandangan yang disuarakan oleh anak muda yang berucap juga agak ‘stereotype’, sangat umum dan tidak mendasar. ‘Burning issues’ yang menentukan survival negara dalam masa 30 tahun akan datang tidak disinggung, kalau adapun hanya sipi-sipi

6) Pada pandangan saya aspirasi lebih teras yang perlu dibincangkan adalah seperti keruntuhan moral generasi muda, penerapan tarbiah Islam yang holistik dalam sistem pendidikan formal dan tidak formal, konflik antara agama dan antara bangsa, perundangan, identiti dan survival Melayu sebagai tunggak kekuatan Islam di Malaysia, kemelesetan ekonomi dan ketirisan serta campurtangan kuasa asing dalam tadbir urus negara melalui pelaburan ekonomi dan pelbagai projek pembangunan

7) Namun, yang boleh dipuji ialah ketegasan TPM dalam memartabatkan ahli sunnah wal jamaah serta menolak liberalisme dan radikalisme dalam beragama

8) Apa-apa pun secara keseluruhan idea penganjuran dialog seumpama ini perlu dipuji dan sepatutnya dibuat lebih banyak dan kerap supaya dapat mencakupi pelbagai segmen dan demografi generasi muda negara

9) Syaratnya, peluang bersuara dibuka sepenuhnya dan para pemimpin dengarlah pandangan dengan ikhlas dan jawablah soalan tanpa teks

The post Dialog TN50 Perspektif Islam: Ulasan Ketua Pemuda Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?