Hanoi siasat maklumat suspek wanita berpasport Vietnam

HANOI, 24 Jamadilawal 1438H, Selasa – Kerajaan Vietnam masih menyiasat maklumat mengenai suspek wanita menggunakan pasport negara itu, yang ditahan oleh polis Malaysia berhubung kes pembunuhan berprofil tinggi, Kim Jong-nam.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan, Jabatan Konsular Kementerian Luar telah mengarahkan kedutaannya di Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi membuat pengesahan mengenai kes itu.

Agensi-agensi berkaitan di Vietnam juga diarah menjalankan kerjasama rapat terhadap kes tersebut, dan menambah bahawa kerajaan Vietnam di Malaysia akan memantau rapi perkara itu.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas kerana menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain dipercayai mengandungi racun.

Beliau segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Lelaki itu tiba di Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.

Susulan kematiannya, seorang wanita yang menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huang ditangkap oleh polis bagi membantu siasatan selepas dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang itu.

Wanita itu ditahan di KLIA2 ketika bersiap sedia untuk menaiki pesawat ke Vietnam.

The post Hanoi siasat maklumat suspek wanita berpasport Vietnam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?