Indonesia hormati proses undang-undang Malaysia
JAKARTA, 26 Jamadilawal 1438H, Khamis – Indonesia menghormati proses undang-undang yang dilaksanakan Malaysia terhadap kes pembunuhan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jon-nam.
Bagaimanapun, negara seberang itu masih menunggu kelulusan Malaysia bagi membenarkan pihak kedutaannya bertemu suspek warganya, Siti Aisyah.
Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia memberitahu masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terhadap kes warganya.
Pengarah Perlindungan Rakyat dan Bantuan Undang-undang kementerian itu, Lalu Muhammad Iqbal berkata, permohonan pihak penyiasat Malaysia untuk melanjutkan tempoh tahanan reman wanita tersebut menunjukkan bukti-bukti yang ada sekarang tidak mencukupi untuk mendakwa wanita berkenaan.
“Ini bermakna adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan undang-undang berhubung kes ini,’’ katanya yang dipetik oleh portal Channel NewsAsia.
The post Indonesia hormati proses undang-undang Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan