Islam bukan punca keganasan: Angela Merkel


KUALA LUMPUR, 23 Jamadilawal 1438H, Isnin – Islam bukan punca berlakunya keganasan sehingga tercetusnya salah faham oleh puak fundamentalis, kata Kaunselor Jerman Angela Merkel.

Bercakap demikian di Persidangan Keselamatan Munich semalam, beliau berkata negara-negara Islam perlu membuktikan dengan memberi sumbangan misalnya bekerjasama menghapuskan kumpulan militan Daesh, Boko Haram dan pengganas antarabangsa.

Katanya, dengan cara itu ia boleh meyakinkan orang ramai bahawa Islam bukannya punca keganasan, namun hanya satu salah faham.

“Saya menjangkakan pihak berkuasa Islam akan bangkit dan lebih tegas untuk menyatakan Islam sebagai sebuah agama keamanan dan sama sekali berbeza dengan keganasan yang dilakukan atas nama Islam.

“Kita sebagai orang bukan Islam tidak boleh melakukannya, sebaliknya perlu dilakukan pihak berkuasa dan ulama Islam,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi berkata, Putera Muhammad Naif menyatakan, semua agama tiada kaitan dengam kepercayaan dan tindakan kumpulan pelampau. – Agensi

The post Islam bukan punca keganasan: Angela Merkel appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?