Kes tembak di Pulau Pinang: Polis minta orang ramai tampil beri maklumat
GEORGETOWN, 25 Jamadilawal 1438H, Rabu – Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chua Ghee Lye meminta kerjasama orang awam yang merakam kejadian tembakan di Jalan Bukit Gambir, petang semalam hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Katanya, pihak polis ketika ini sedang mengumpul bukti bagi menyiasat dengan lebih terperinci kejadian tembakan berkenaan.
“Setakat ini kami mempunyai beberapa petunjuk, namun jika mendapat bantuan daripada orang ramai atau saksi kejadian, kita yakin kes ini dapat diselesaikan lebih cepat.
“Polis juga ingin ingatkan orang ramai supaya tidak cepat menyebarkan berita yang tidak sahih di laman sosial.
“Tunggu laporan siasatan yang lebih sahih daripada kami,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kontinjen Negeri di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pulau Pinang di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa seorang ahli perniagaan wanita berumur 49 tahun, mati di lokasi kejadian selepas terkena sekurang-kurangnya 10 das tembakan di kepala dan badan.
The post Kes tembak di Pulau Pinang: Polis minta orang ramai tampil beri maklumat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan