Kuatkuasa pengharaman anak muda keluar rumah di seluruh negara: Pemuda Isma

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 23 Jamadilawal 1438H, Isnin – Sememangnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Menyambut baik saranan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam yang mencadangkan anak muda di bawah umur disekat daripada keluar rumah pada waktu malam di Johor, hari ini Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad pula meminta sekatan itu meliputi semua anak muda, bukan sahaja yang di bawah umur.

Katanya lagi, saranan ini juga perlu disebar luas ke seluruh negara dan tidak terhad kepada negeri Johor sahaja.

Lukman berkata, cadangan Jazlan adalah tepat pada masanya bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang melibatkan remaja berbasikal berulang.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi setiap negeri juga perlu mengambil langkah serius dan konsisten untuk membenteras kegiatan tidak bermoral.

“Kita jangka aktiviti mereka pada waktu malam seperti lumba haram, perjudian, khalwat, pelacuran dan penyalahgunaan dadah.

“Maka amat diperlukan kerjasama agensi kerajaan yang lain seperti pihak polis, JPJ, majlis agama dan agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam menangani masalah ini,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Mengulas lanjut Lukman berkata, dalam isu anak muda zaman sekarang, kita sewajarnya lebih merisaukan kecelakaan peribadi atau jati diri yang menimpa mereka.

“Kita patut risaukan hal itu melebihi kecelakaan fizikal yang berkaitan kemalangan atau kes jenayah yang mungkin menimpa mereka,” katanya lagi.

Sabtu lalu, kejadian ngeri berlaku apabila lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu turut menyebabkan dua lagi remaja kritikal dan enam mengalami cedera ringan.

The post Kuatkuasa pengharaman anak muda keluar rumah di seluruh negara: Pemuda Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?