Lelaki menyamar jadi wanita untuk mencuri

Sumber foto: mynewshub

KUALA LUMPUR, 23 Jamadilawal 1438H, Isnin – Helah seorang bekas banduan yang menyamar sebagai ‘wanita’ yang berhijab untuk mencuri terbongkar apabila dia ditahan di surau sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek lelaki tempatan berusia 21 tahun itu lengkap bertudung dan berpakaian hitam dilaporkan memasuki surau wanita di pusat itu kira-kira 8.40 malam.

Pengawal keselamatan yang mencurigai gerak geri suspek menahannya ketika keluar dari surau itu dan menemui dompet, wang berjumlah RM408.30 serta sebuah telefon bimbit milik seorang gadis berumur 19 tahun yang berada di surau itu, katanya ketika ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu baru dibebaskan dari Penjara Kajang pada awal Februari lepas dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah serta mencuri.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula tarikh ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara  maksimum 10 tahun atau denda.

Kes penahanan lelaki yang menyamar sebagai wanita itu tular di media sosial hari ini.  – Bernama

The post Lelaki menyamar jadi wanita untuk mencuri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?