Mahu kekal momentum, PAS seru penyokong RUU355 pakai ungu setiap Sabtu

BANGI, 25 Jamadilawal 1438H, Rabu – PAS menyeru penyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 untuk terus mengenakan pakaian ‘ungu’ setiap hari Sabtu sehingga ia dibentangkan di Parlimen Mac depan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, penyokong perlu mengekalkan momentum menyokong RUU355, supaya ia akan diluluskan di penggal baharu Parlimen nanti.

“Gelombang RUU355 atau gelombang ungu perlu dibawa sehingga rang undang-undang itu diluluskan,” katanya seperti dilapor portal The Star, hari ini.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, usul pindaan akta berkenaan berjaya mencipta gelombang sokongan ‘luar biasa’ oleh orang Islam di negara ini.

“Parlimen akan bersidang semula pada 6 Mac dan akan berakhir pada 6 April. Sekali lagi, RUU355 dibentangkan sama ada oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau di sebelah pihak kerajaan.

“Namun, yang paling penting, rakyat perlu mengekalkan momentum menyokong pindaan itu sehingga diluluskan di Parlimen,” katanya.

Sabtu lalu, satu perhimpunan ‘mega’ dianjurkan oleh PAS dengan kerjasama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menyuarakan sokongan rakyat terhadap usul pindaan Akta 355.

Lebih 300,000 peserta berhimpun membanjiri Padang Merbok seawal pagi Sabtu sehingga jam 11.30 malam itu.

The post Mahu kekal momentum, PAS seru penyokong RUU355 pakai ungu setiap Sabtu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?