Malaysia ubah lokasi perlawanan jika ancam keselamatan: Khairy

PUTRAJAYA, 25 Jamadilawal 1438H, Rabu – Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengubah lokasi perlawanan antara Malaysia dengan Korea Utara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 28 Mac ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, perkara itu akan dilakukan sekiranya terdapat ancaman keselamatan.

Setakat ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mendapatkan pandangan dan jaminan keselamatan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung status perlawanan tersebut.

“Kalau dapat ubah venue, seeloknya ia diubah bagi menjamin keselamatan pemain kerana faktor keselamatan pasukan adalah keutamaan saya,” katanya pada sidang media mengenai Transformasi Nasional (TN50), semalam.

Pada masa sama, beliau akan meminta AFC memantau keadaan keselamatan di Pyongyang susulan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang sedang melalui fasa yang agak rumit.

Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tercetus susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lepas.

Skuad Harimau Malaysia dijadual menentang Korea Utara dalam perlawanan pusingan tiga kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan.

The post Malaysia ubah lokasi perlawanan jika ancam keselamatan: Khairy appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?