Mangsa banjir meningkat, lapan sekolah ditutup di Sarawak

MIRI, 30 Jamadilawal 1438H, Isnin – Mangsa banjir di Limbang, Sarawak meningkat kepada 415 orang daripada 136 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Semalam, seramai 243 orang daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir di kawasan pedalaman Limbang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata kesemua mangsa adalah dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung Hujung Jalan.

“Mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Mendamit di Nanga Mendamit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, 710 murid sekolah rendah dari lapan buah sekolah di Limbang dan Miri tidak meneruskan sesi persekolahan hari ini.- Bernama

The post Mangsa banjir meningkat, lapan sekolah ditutup di Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?