Pegawai kanan MAHB ditahan salah guna kuasa

BANGI, 25 Jamadilawal 1438H, Rabu – Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) ditahan kerana didakwa menyalahgunakan kedudukannya.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Bandar Tun Razak jam 11 pagi tadi.

Lelaki itu dikatakan Pengurus Besar Kanan di Jabatan Sumber Manusia, MAHB.

Menurut sumber, beliau dipercayai meluluskan peruntukan berjumlah RM80,000 untuk rawatan kulit dan pelansingan badan, yang tidak termasuk di bawah Jadual Manfaat dalam terma dan syarat pekerjaannya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan mengenai penangkapan itu.

 

The post Pegawai kanan MAHB ditahan salah guna kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?