Pembunuhan Jong Nam: Siti Aisyah wanita kampung lurus
JAKARTA, 23 Jamadilawal 1438H, Isnin – Bekas bapa mertua salah seorang wanita warga Indonesia yang ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam tidak menyangka kejadian itu menimpa ahli keluarganya.
Menurut laporan BBC Indonesia, Rahmat Yusri berkata, tiada sesiapa menyangka Siti Aisyah akan terlibat dengan insiden berkenaan kerana wanita itu seorang yang pendiam dan lurus.
Kesemua mereka yang mengenal Siti Aisyah di kampung asalnya, Serang, Banten, dan di Tambora, Jakarta serta kediaman bekas mertuanya berasa terkejut dengan kejadian itu.
“Kami semua terkejut. Aisyah itu tidak banyak kerenah, sederhana. Dia berkelulusan sekolah menengah dan keluarganya juga hanya petani.
“Dia itu pendiam, penampilannya juga biasa. Bukan saya saja, malah seluruh warga di sini terkejut dia dituduh membunuh. Tidak ada yang boleh percaya Aisyah berbuat itu,” kata Rahmat.
Siti Aisyah ditahan polis Malaysia kira-kira pukul 2 pagi Khamis selepas diburu kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Isnin lalu.
The post Pembunuhan Jong Nam: Siti Aisyah wanita kampung lurus appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan