Pengurus besar agensi kerajaan, isteri ditahan SPRM
KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan, didakwa terlibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Suspek berusia 62 tahun itu, ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi oleh sepasukan pegawai SPRM di bawah Ops Nafas.
Turut ditahan isteri suspek berusia 38 tahun bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, wanita berkenaan dibebaskan petang ini selepas kenyataannya direkodkan.
Pegawai SPRM turut merampas beberapa dokumen berkaitan di pejabat dan rumah pasangan itu.
Difahamkan, sebanyak 50 projek bernilai RM1 juta telah diberikan kepada isteri suspek, yang menubuhkan dua syarikat untuk tujuan itu pada 2010 dan 2015.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan penahanan pasangan terbabit.
The post Pengurus besar agensi kerajaan, isteri ditahan SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan