Punca kematian Jong-nam diketahui minggu depan

PELABUHAN KLANG, 26 Jamadilawal 1438H, Khamis – Laporan bedah siasat mengenai punca kematian Kim Jong-nam akan diketahui minggu depan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan bahan tambahan kukuh bagi menentukan identiti mangsa yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Dr Subramaniam berkata, ia termasuklah latar belakang lengkap diri mangsa dan waris atau keluarga terdekatnya.

“Ia adalah suatu perkara yang memerlukan pengesahan terlebih dahulu terutama daripada polis. Kita akan memperincikan punca sebenar kematian mangsa yang diperoleh minggu depan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan pihak polis untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas kerana menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain dipercayai mengandungi racun.

Beliau segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal ketika dalam perjalanan. Lelaki itu tiba di Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.

The post Punca kematian Jong-nam diketahui minggu depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?