Saudi Aramco labur AS$7 bilion di RAPID Pengerang

KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaburan Saudi Aramco sebanyak AS$7 bilion dalam sebuah kilang penapis minyak yang ditubuhkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Johor.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan antara Eksekutif Kanan dari Petronas dan Saudi Aramco untuk memaju dan mengendalikan kilang penapis minyak berkenaan menerusi projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

Pelaburan tersebut bagaimanapun telah dipersetujui dalam mesyuarat dua hala antara Najib bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, semalam.

Diijadualkan petang ini akan diadakan majlis tandatangan kerjasama perlaburan itu sekaligus menjadikan Aramco pelabur individu terbesar dalam RAPID di Johor.

Projek RAPID itu dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2019.

Najib antara lain mengharapkan agar kerjasama dengan Arab Saudi ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Apabila kami ke China, kami dituduh menjual kedaulatan kami. Saya tertanya-tanya apa yang akan mereka katakan sekarang, memandangkan Arab Saudi sudah membuat pelaburan di Malaysia.

“Adakah mereka akan kata kami jual kedaulatan kepada Arab Saudi?,” soal Najib.

Selain itu, mengulas mengenai laporan bahawa Aramco merancang untuk menyenaraikan aset minyaknya dan sedang mencari para pelabur dari rantau ini, Najib berkata, isu itu tidak dibincangkan ketika pertemuannya dengan Raja Salman.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Arab Saudi meningkat 27.8 peratus kepada RM13.99 bilion tahun lepas daripada RM10.95 bilion pada 2015.

Malaysia juga mempunyai kedudukan kukuh dalam sektor binaan Arab Saudi iaitu 19 kontrak bernilai RM18.5 bilion yang diberikan kepada syarikat-syarikat di Malaysia. – Agensi

The post Saudi Aramco labur AS$7 bilion di RAPID Pengerang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?