Serbuan SPRM dibuat bukan suka-suka: MB Johor

JOHOR BAHRU, 29 Jamadilawal 1438H, Ahad – Serbuan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor bukan dibuat secara suka-suka, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebaliknya beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana SPRM mempunyai maklumat atau asas yang kukuh.

“Saya percaya tindakan SPRM tu berdasarkan aduan dan bukan dibuat dengan suka-suka. Saya tak fikir mereka suka-suka bangun tidur mana nak tembak orang tu dia pergi cari orang tu.

“Jadi, biarlah mereka jalankan siasatan,” katanya dalam satu sidang media di Pasir Gudang, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas siasatan SPRM mengenai pegawai Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) dan terbaru penahanan enam individu termasuk anak serta pegawai khas seorang pegawai kanan kerajaan negeri berkaitan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Keenam-enam suspek yang berusia antara 25 hingga 50 ditahan kira-kira 8.30 pagi di sekitar negeri itu, kelmarin.

Khaled berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kes terbabit kepada SPRM.

The post Serbuan SPRM dibuat bukan suka-suka: MB Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?