Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara Seorang Daripada Suspek Yang Diburu
KUALA LUMPUR, 25 Jamadilawal 1438H, Rabu – Seorang daripada dua suspek yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam pada Isnin lepas, dikenal pasti sebagai Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia.
Beliau dikenali sebagai Hyon Kwang-song, 44, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya, seorang lagi suspek yang diburu polis ialah pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Koryo Air), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, dan kedua-dua suspek itu dipercayai masih berada di negara ini.
“Saya telah meminta kedua-dua mereka untuk tampil membantu siasatan kes berkenaan.
“Sekiranya mereka enggan tampil membantu siasatan, polis akan mengeluarkan waran tangkap kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini. – Bernama
The post Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara Seorang Daripada Suspek Yang Diburu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan