30 maut serangan bom di bangunan kehakiman Syria
DAMASCUS, 17 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam serangan yang dilakukan oleh seorang pengebom bunuh diri di bangunan utama kehakiman di ibu negara Syria, semalam.
Insiden pengeboman di bangunan yang terletak berhampiran pasar Hamidiyeh di Damsyik, adalah kejadian terbaru dalam beberapa siri letupan dan serangan bunuh diri yang mensasarkan kawasan dikawal kerajaan.
Menurut Ketua Polis Damsyik, Mohammad Kheir Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai serangan ke atas bangunan kehakiman terbabit kira-kira jam 1.20 petang.
“Seorang lelaki memakai pakaian seragan tentera dan membawa senapang patah serta bom di pintu masuk bangunan itu.
“Pengawal merampas senjatanya dan meminta untuk membuat pemeriksaan ke atas lelaki terbabit. Pada ketika itu, dia bertindak melemparkan sendiri bahan letupan ke dalam bangunan,” katanya.
Sementara itu, Peguam Negara Syria, Ahmad al-Sayed berkata, beliau berada beberapa meter dari lokasi kejadian yang turut menyebabkan 45 yang lain cedera.
“Ia adalah satu perbuatan kotor kerana memusnahkan tempat yang tidak bersalah. Lelaki terbabit dipecayai merancang untuk membunuh bilangan besar peguam, hakim dan kakitangan lain di bangunan itu,” katanya.- Agensi
The post 30 maut serangan bom di bangunan kehakiman Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan