62 pekerja kontrak nyaris maut, bumbung runtuh

KLANG, 15 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Seramai 62 pekerja kontrak nyaris maut selepas bumbung bangunan sebuah pusat beli-belah di sini runtuh, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.45 pagi, siling berukuran 200 x 100 kaki persegi bangunan Centro Mall runtuh ketika semua pekerja kontrak terbabit mengubah suai premis lama berkenaan.

Kira-kira 20 anggota bomba dari balai Shah Alam, Sungai Pinang dan Kota Raja bergegas ke tempat kejadian bagi usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan insiden berkenaan membabitkan siling dewan bankuet pusat beli-belah tersebut.

Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa serta kecedaraan dilaporkan, dan pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

The post 62 pekerja kontrak nyaris maut, bumbung runtuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?