8,000 orang awam larikan diri dari barat Mosul: PBB

MOSUL, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kira-kira 8,000 orang awam telah melarikan diri dari Barat Mosul sejak tentera Iraq melancarkan operasi pembersihan daripada pengganas Daesh, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Agensi bantuan kemanusiaan PBB mengumumkan bahawa pihaknya telah menambah bilangan kem sementara untuk menghadapi peningkatan bilangan penduduk Mosul yang melarikan diri.

Jurucakap bahagian Counter Terrorism Iraq, Jeneral Salman Hashem berkata, kira-kira 300 orang pelarian terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak meninggalkan Mosul, semalam.

“Dan ia akan bertambah lagi untuk akan datang. Mereka akan berhenti di pusat pemeriksaan dan dipisahkan. Kesemua mereka akan disemak dengan pangkalan data,” katanya.

Sementara itu, Ketua Misi Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Thomas Lothar Weiss meluahkan kebimbangannya mengenai bilangan besar orang awam yang masih berada di Mosul.

“Kita amat bimbang dengan nasib puluhan ribu keluarga yang masih terperangkap di bahagian barat Mosul,” katanya. – Agensi

The post 8,000 orang awam larikan diri dari barat Mosul: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?