Akta 355: Lebih 300 berhimpun luar pejabat Gobind Singh serah memorandum bantahan


Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

PUCHONG, 4 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Berikutan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menolak cadangan pindaan Akta 355, satu himpunan aman telah diadakan pekarangan Masjid Al-Husna di sini selepas solat Jumaat hari ini.

Himpunan anjuran Sekretariat Ummah yang dianggotai lebih 500 NGO Islam dan Melayu itu kemudiannya berakhir dengan penyerahan memorandum bantahan di pejabat pemimpin parti rasis dan cauvinis itu.

Memorandum diserahkan oleh Pengerusi Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya dengan diiringi pimpinan dan ahli NGO dan masyarakat setempat.

Dalam memorandum berkenaan, pihak sekretariat memberi amaran kepada Gobind agar tidak mengambil sikap menentang terhadap cadangan pindaan Akta 355 di Parlimen.

Gobind juga diminta menghormati hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tidak masuk campur di dalam perkara melibatkan kepentingan umat Islam di Malaysia.

19 Februari lalu, Gobind menegaskan bahawa DAP akan tetap berpegang dengan pendirian sama untuk tidak menyokong sebarang cadangan meminda RUU355 itu, meskipun Himpunan 355 di Padang Merbok mendapat sokongan kira-kira 300,000 rakyat Malaysia.

Malah Gobind berkata, pihaknya akan terus menentang usul pindaan yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan akan menyatakan alasan menolaknya apabila dibahaskan di Parlimen pada Mac ini.

Memorandum telah diterima oleh Penyelaras Parlimen Puchong, Taufiq Azraee mewakili Gobind Singh Deo.

The post Akta 355: Lebih 300 berhimpun luar pejabat Gobind Singh serah memorandum bantahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?