Annuar tarik diri, TMJ bakal Presiden FAM
KUALA LUMPUR, 24 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sabtu ini, selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri hari ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada TMJ yang bakal menggalas tanggungjawab baharu itu.
“Tahniah kepada TMJ atas kemenangan jawatan presiden. Saya yakin beliau ada visi dan lebih penting keupayaan tinggi untuk mencorak masa depan bola sepak negara.
“Kita ada dengar idea daripada Tunku Ismail. Saya rasa boleh bawa perubahan besar serta positif. Saya tidak sabar untuk bekerjasama,” katanya pada Forum Transformasi Global 2017 di ibu negara, sebentar tadi.
Pada masa sama, Khairy menghormati keputusan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada perebutan kerusi nombor satu FAM dan yakin tindakan itu dibuat secara sukarela selepas mempertimbangkan sebab-sebab tertentu.
The post Annuar tarik diri, TMJ bakal Presiden FAM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan