Bagaimana pesta vape di PWTC boleh dapat kelulusan?, soal Pemuda Isma
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) melahirkan rasa bimbang dengan penganjuran program Vapecon KL 2 pada awal April ini yang dianggap akan merosakkan generasi masa hadapan.
Ketua Pemudanya, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganjurkan pesta vape di PWTC.
“Saya terkilan dan amat sedih bagaimana program ini mendapat kelulusan dan restu pihak berkuasa tempatan dan kerajaan
“Seingat saya rokok pun tidak pernah dipestakan sebegini rupa. Benarkah vape sekadar merupakan alternatif bagi perokok insaf yang ingin berhenti. Atau ada agenda yang lebih besar tersembunyi?,” soalnya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini.
Difahamkan Santai at Vapecon KL2 akan diadakan pada 1 dan 2 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kemasukan secara percuma.
Beberapa artis akan turut serta dalam program berkenaan untuk persembahan antaranya Mustaqim Bahadon, Munir, Syaffiq Sahli, Ren Ryzam dan ramai lagi.
Mengulas lanjut Lukman berkata, penganjuran program seperti ini jelas merupakan satu pengiktirafan terbuka kerajaan terhadap usaha merosakkan generasi muda negara dengan budaya vape dan hedonisme.
Katanya, apa yang mereka lakukan langsung tidak membina keperibadian muslim yang diharapkan dapat memimpin negara pada masa akan datang
“Ini menampakkan kelemahan kerajaan menangani dan mengambil pendirian tegas dan keras dalam isu yang telah lama berlarutan ini menunjukkan kelemahan pimpinan negara sekarang.
“Adakah mereka tidak perasan atau memang menyokong penganjuran program seumpama ini? Jika trend sebegini berterusan, kita harus bersedia dengan kemungkinan vape akan di’halal’kan tidak sepertimana rokok yang dikawal kerajaan
“Tidak mengejutkan juga jika suatu hari nanti arak, dadah, perjudian dan pelacuran akan dihalalkan kerajaan jika pemimpin rosak yang memerintah sekarang tidak diubah,” katanya.
The post Bagaimana pesta vape di PWTC boleh dapat kelulusan?, soal Pemuda Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan