Banjir kilat di KL, sembilan jalan terjejas

KUALA LUMPUR, 15 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Sebanyak sembilan jalan utama di sekitar ibu kota terjejas akibat dilanda banjir kilat kira-kira 5.40 petang tadi.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ab Salim Mansor berkata lokasi-lokasi yang terjejas merangkumi Jalan Bangsar; Jalan Kemuja; Jalan Maarof; Jalan Sultan Ismail persimpangan Jalan Ampang; Jalan Pantai Baru; Jalan Pudu; Jalan Raja Chulan berhampiran Ambank dan Muzium Telekom; Jalan Maharajalela serta Jalan Permaisuri.

Beliau berkata pihaknya telah menempatkan sebanyak 50 anggota trafik dan 10 skuad penyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Hujan lebat yang bermula lewat petang tadi telah menyebabkan beberapa jalan itu ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

“Namun kebanyakan jalan berkenaan telah mula surut airnya, cuma Jalan Permaisuri masih ada air bertakung,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.- Bernama

The post Banjir kilat di KL, sembilan jalan terjejas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?