Beauty and the Beast di pawagam bermula 30 Mac tanpa suntingan
KUALA LUMPUR , 22 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Filem keluaran Disney yang memaparkan watak gay, Beauty and the Beast, akhirnya ditayangkan juga di Malaysia.
Berdasarkan kemas kini status di akaun Facebook rasmi rangkaian pawagam GSC, filem itu akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 30 Mac.
Status itu juga memaklumkan, tiada suntingan dibuat pada filem berkenaan dan akan diklasifikasikan dengan rating P13.
Sementara itu, TGV Cinemas dalam Twitter pula mengumumkan tiket akan mula dijual bermula Khamis ini.
Sebelum ini, filem berkenaan ditangguhkan tayangannya atas beberapa sebab termasuk penampilan watak ‘homoseksual’ yang mengundang kontroversi.
Terdahulu, pengarah Beauty and the Beast, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi “momen gay yang eksklusif” dalam filem itu.
Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaharu ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.
Ia menampilkan barisan pelakon seperti Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.
The post Beauty and the Beast di pawagam bermula 30 Mac tanpa suntingan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan