Bekas CEO anak syarikat Tabung Haji sekali lagi didakwa

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 3 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd, yang juga anak syarikat Tabung Haji sekali lagi didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen  atas dua pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM1 juta, empat tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Hairullah.

Nor Badli didakwa telah melibatkan diri dalam penggubahan wang haram dengan menerima wang tunai RM430,000 dan RM570,000 daripada dua pengarah syarikat berbeza yang merupakan hasil daripada suatu aktiviti haram.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd., tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar, Jalan Bandar Utama 1 dan Restoran Leaf Dining, No. 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara, antara pukul 2 dan 4 petang,  27 Jun 2013 dan 1 Jun 2013.

Januari lalu, Nor Badli didakwa atas lima tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta.

Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

The post Bekas CEO anak syarikat Tabung Haji sekali lagi didakwa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?