Bekas mufti Negeri Sembilan meninggal dunia

SEREMBAN, 15 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad, 79, meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.

Allahyarham meninggal dunia pada 3.08 petang tadi di rumah anaknya di Sendayan, dekat sini.

Bercakap kepada Bernama, anak sulung Allahyarham, Hafif, 41, berkata jenazah akan dibawa ke kediaman bapanya di Taman Seri Putih, Rasah, untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Makam Haji Said, 11 pagi esok.

Mohd Murtadza, menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan selama 22 tahun mulai tahun 1987.

Antara pencapaian Allahyarham ialah pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2000 dan Anugerah Tokoh Ulama sempena sambutan 100 tahun madrasah Al-Attas Arabiah, Johor pada 2011.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Lily Mohd Sidek, 68, dan enam orang anak.- Bernama

The post Bekas mufti Negeri Sembilan meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?