Bersatu akan sertai pakatan harapan, tetapi tukar nama
PETALING JAYA, 15 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuat permohonan rasmi menyertai pakatan harapan dengan syarat gabungan itu dijenamakan semula.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selain menukar nama baharu, gabungan itu juga memerlukan suatu logo, simbol dan manifesto bersama untuk menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.
“Kita akan menyatakan pada mereka pendirian Bersatu untuk menyertai (pakatan harapan) dengan tujuan mungkin menyesuaikan sedikit nama dia.
“Selain nama baru, kami juga ingin mewujudkan logo, simbol dan juga manifesto bagi pilihan raya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Bercakap lanjut, Dr Mahathir berkata, setakat ini Bersatu masih belum mengadakan perbincangan rasmi dengan pakatan harapan berhubung pembahagian kerusi pada PRU nanti.
“Kita belum menyertai gabungan itu, macam mana nak berbincang mengenai pembahagian kerusi,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mencadangkan supaya hanya seorang calon sahaja yang bertanding di setiap kawasan mewakili gabungan itu.
Katanya, Bersatu bersetuju dengan strategi formula satu lawan satu perlu direalisasi bagi memastikan pembangkan dapat mencabar Barisan Nasional.
“Saya yakin mereka (anggota pakatan) akan bersetuju dengan perkara ini. Salah satu sebab mereka kalah dalam pilihan raya lalu adalah kerana gaga; untuk bersatu di bawah satu logo,” katanya.
The post Bersatu akan sertai pakatan harapan, tetapi tukar nama appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan