BR1M: Pemohon gagal boleh kemuka rayuan sehingga 31 Mei

BANGI, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Pemohon yang gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh mengemukakan rayuan sehingga 31 Mei ini dengan mengisi borang rayuan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pemohon yang gagal menerima bantuan itu telah dimaklumkan mengenai punca kegagalan melalui surat atau e-mel.

Bagaimanapun, pemohon boleh mengisi borang rayuan yang perlu disertakan bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank (syarikat atau persendirian) dan salinan kad pengenalan pasangan serta tanggungan terkini.

“Permohonan rayuan boleh dibuat secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.

“Merujuk kepada kegagalan permohonan yang berkaitan dengan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pemohon boleh membuat rayuan dengan mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada LHDN dalam tempoh yang ditetapkan tanpa perlu mendapatkan apa-apa pengesahan daripada SSM,” katanya kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, penerima BR1M sedia ada yang ingin mengemas kini butiran seperti maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC terdekat.

The post BR1M: Pemohon gagal boleh kemuka rayuan sehingga 31 Mei appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?