Cium penguat kuasa DBKL sedang bertugas, penganggur dihukum penjara tujuh bulan

KUALA LUMPUR, 23 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas, tahun lepas.

Tertuduh Cesar Jamanulla, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mahyuddin Md Som selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di sini hari ini.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud mahu mencabul kehormatannya di hadapan Hotel Ansa, Bukit Bintang, Jalan Gading dekat sini pukul 7.20 malam, 20 Feb lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Cesar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kepada mahkamah kerana dia adalah penanggung tunggal keluarga.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa yang berusia 27 tahun itu sedang menjalankan tugas rondaan menyaman bersama rakan setugasnya apabila didatangi tertuduh yang melarangnya mengeluarkan saman.

Ketika mangsa hendak mengeluarkan saman untuk kereta yang terakhir, tertuduh sekali lagi telah datang dan mengatakan bahawa mangsa seorang yang cantik.

Wanita itu tidak melayan tertuduh dan mengarahkannya supaya memberi laluan kepadanya untuk mengambil gambar kereta yang telah disaman, tetapi tertuduh telah bertindak memegang muka mangsa dan mencium bibirnya.

Mangsa menolak tertuduh tetapi lelaki itu sekali lagi menerpa ke arahnya sehingga wanita itu menjerit memanggil rakan setugasnya yang kemudian telah menahan Cesar dan membawanya ke balai polis. – Bernama

The post Cium penguat kuasa DBKL sedang bertugas, penganggur dihukum penjara tujuh bulan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?