DAP pilih dua wakil tentang pindaan Akta 355

KUALA LUMPUR, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Parti rasis dan cauvinis DAP memaklumkan akan menyerahkan tugas menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dalam perbahasan di Dewan Rakyat kepada dua anggota Parlimennya.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perbahasan itu akan diketuai oleh anggota parlimen Puchong, Gobind Sing Deo dan disertai oleh anggota Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

“Kesemua 36 Ahli Parlimen kita akan menentang rang undang-undang (itu). Kita akan beri penghujahan kenapa kita tak bersetuju dalam perbahasan itu nanti dan kita telah melantik sekurang-kurangnya dua anggota Parlimen.

“Ia akan diketuai oleh MP Puchong serta berkemungkinan besar MP Raub akan diberi peluang untuk mewakili DAP untuk berhujah mengapa kita tak sokong RUU355 dalam perbahasan,” kata Anthony dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

17 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan akan membentangkan sendiri usul pindaan Akta 355 dalam sidang parlimen kali ini.

Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan secara berasingan dengan semua pemimpin parti komponen BN berhubung isu pindaan berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini belum ada kenyataan atau pendirian rasmi parti-pati komponen lain mengenainya.

The post DAP pilih dua wakil tentang pindaan Akta 355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?