Dewan Rakyat lulus tiga Rang Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1438H, Jumaat – Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016, RUU Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017.

RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016 adalah bertujuan menyeragamkan kaedah-kaedah permulaan untuk tindakan sivil di mahkamah termasuk bagi kes yang masih berjalan dan belum selesai.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, selepas RUU itu berkuat kuasa, semua tindakan sivil di mahkamah di bawah apa jua undang-undang bertulis adalah diseragamkan dengan menggunakan cara permulaan prosiding iaitu Saman Pemula atau Writ, melainkan jika Akta atau Ordinan memberi pengecualian.

Beliau berkata RUU, itu diperlukan memandangkan perundangan sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanyalah undang-undang kecil yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pihak-pihak terlibat untuk menfailkan tindakan.

“Kita ada 20 lebih undang-undang spesifik yang tidak menyatakan kaedah-kaedah permulaan, jadi jika kita tidak adakan undang-undang induk ini, maka dia boleh mencabar antara satu sama lain,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan. – Bernama

The post Dewan Rakyat lulus tiga Rang Undang-Undang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?