DUN Johor tolak usul tubuh jawatankuasa pemantau siasatan isu rasuah


ISKANDAR PUTERI, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini menolak usul pembangkang supaya menubuhkan Jawatankuasa Pemantau Siasatan berhubung isu rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Usul berkenaan dicadangkan Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nenas), namun, ditolak Speaker DUN Johor, Tan Sri Mohamad Aziz.

Mohamad menegaskan rundingan usul berkenaan ditolak memandangkan isu rasuah dan penyelewengan hartanah itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya sudah meneliti mengikut peraturan ditetapkan, kita tidak mahu mengganggu gugat siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

“Saya bukan menolak usul itu sesuka hati, saya tolak bersebab dan mengikut peraturan dewan. Kita biar SPRM siasat,” kata Mohamad semasa persidangan DUN.

Keadaan itu kemudian menyebabkan timbul kekecohan di dalam dewan antara anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang dan kerajaan selama 15 minit sehingga Mohamad bertindak mengarahkan Yeo supaya keluar dewan mengikut Bilangan 50 (5) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Pertintah Tetap DUN Johor.

Pada 24 Februari lepas, SPRM menahan enam individu iaitu anak dan seorang pegawai khas kepada seorang exco kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Pada 28 Februari pula, SPRM turut menahan seorang lagi kontraktor lelaki dipercayai suspek ketujuh dalam kes berkenaan.

Tiga daripada tujuh individu, iaitu dua pemaju dan seorang kontraktor, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 dan 7 Mac lalu, sementara empat yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM, hari ini. – Bernama

The post DUN Johor tolak usul tubuh jawatankuasa pemantau siasatan isu rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?