Faktor psikologi penting bantu guru mendidik pelajar

Gambar hiasan

KUCHING, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Tamby Subahan Mohd Meerah menekankan, faktor psikologi penting dalam membantu guru mendidik pelajar terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Katanya, seorang guru perlu melihat cara sesuai untuk memajukan pendidikan yang kolaboratif bagi mengurangkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar.

“Justeru, bagaimana kita (guru) hendak membuatkan murid atau pelajar ingin belajar, mahu belajar dan terus belajar ialah dengan mengkaji minda mereka.

“Sebab itu, psikologi penting dalam memastikan kemahuan untuk belajar. Kita mahu mengubah pemikiran mereka di pedalaman daripada rasa tidak mampu dan tidak boleh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi Dalam Pendidikan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, guru-guru perlu melihat daripada segi minda bagaimana pelajaran itu berlaku dengan cara otak berfungsi dan ilmu yang kekal dalam kepala.

Sementara itu, Riza Atiq berkata, pelajar pada masa kini sudah berbeza berbanding dahulu kerana generasi terbabit mahir dengan internet dan mudah mendapatkan maklumat.

“Maka guru juga perlu berubah caranya dengan lebih kepada penumpuan pembentukan minda, akhlak, adab dan lain-lain.

“Dulu, guru memberi ilmu dan kini mereka lebih kepada memandu arah pelajar dalam pembelajaran,” jelasnya.

The post Faktor psikologi penting bantu guru mendidik pelajar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?