Filem Power Rangers juga akan ditayangkan tanpa suntingan
BANGI , 23 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Filem Power Rangers yang turut mencetuskan kontroversi dengan watak lesbian, dibenarkan tayangannya di pawagam tanpa sebarang suntingan.
Dilaporkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) membenarkan tayangan filem Power Rangers, meskipun terdapat ramai pihak melahirkan kebimbangan dengan salah satu babak dalam filem itu.
Portal The Star Online melaporkan, jurucakap TGV Pictures memberitahu filem itu sudah melepasi sesi saringan dan tidak mempunyai masalah untuk ditayangkan.
Ia diberikan rating P13 dan akan ditayangkan tanpa sebarang suntingan.
Berdasarkan kemas kini status di Twitter TGV Cinemas, pihaknya mengesahkan tiada penangguhan tayangan filem itu setakat ini.
Filem Power Rangers mencetuskan kontroversi, hampir sama dengan filem Beauty and the Beast apabila memperkenalkan watak superhero lesbian buat kali pertama di layar perak.
Watak Yellow Ranger, Trini (lakonan Becky G) dilaporkan menghadapi kekeliruan seksual.
The post Filem Power Rangers juga akan ditayangkan tanpa suntingan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan