Guru lelaki cuba terjun dari tingkat empat sekolah

Foto ihsan: Jabatan Bomba dan Penyelamat

PUTRAJAYA, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Seorang guru lelaki berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari balkoni tingkat empat bangunan utama sekolah di sini, pagi tadi.

Memetik laporan portal New Straits Times, sumber dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya sebagai berkata, pihaknya bergegas ke tempat berkenaan selepas menerima panggilan mengenai tindakan cubaan membunuh diri kira-kira jam 10.19 pagi.

“Guru lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai menghadapi masalah kemurungan, dan cuba melompat dari tingkat empat bangunan utama sekolah sewaktu sesi kelas berjalan.

“Bagaimanapun, tindakan itu dilihat oleh seorang guru lain yang berada di tempat kejadian, dan sempat memujuk mangsa serta menggagalkan tindakannya itu.

“Pasukan kami dalam keadaan bersiap sedia di tingkat empat kerana bimbang guru itu bertindak agresif. Bagaimanapun, kami berjaya mengawal keadaan,” kata sumber itu.

Mangsa segera dibawa ke bilik rehat sekolah bagi menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.

The post Guru lelaki cuba terjun dari tingkat empat sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?