H5N1: Kementerian Pelajaran tunggu laporan KKM

ALOR STAR, 17 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Kementerian Pelajaran akan menunggu laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memutuskan keperluan menggantung sesi persekolahan ekoran penularan wabak selsema burung, H5N1 di Kelantan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mengikut nasihat daripada KKM, sekiranya terdapat keperluan mendesak untuk menggantung sesi persekolahan di negeri terbabit.

“Kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya berdasarkan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan.

“Situasi yang sama seperti di Perak (wabak selsema bermusim) tetapi berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan, setakat ini tiada keperluan untuk mengkuarantain pelajar dan mereka dibenarkan untuk melakukan aktiviti sukan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas wabak H5N1 di Kelantan sehingga kerajaan negeri itu mengisytiharkan ia sebagai ‘bencana negeri’ di bawah Perintah Majlis Keselamatan Negara (MKN 20).

The post H5N1: Kementerian Pelajaran tunggu laporan KKM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?