Hanya Perak letak pegawai SPRM di pejabat MB

IPOH, 1 Rejab 1438H, Rabu – Hanya Perak satu-satunya negeri yang meletakkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat menteri besar. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pegawai yang bertugas bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran negeri itu berjalan lancar dan bebas gejala rasuah. 

Katanya, pegawai berkenaan telah berkhidmat di pejabat menteri besar sejak 2010 selain ia merupakan langkah yang diambil oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Negeri lain tidak ambil inisiatif sepertimana yang dilakukan menteri besar Perak di mana beliau membuat permohonan meletakkan seorang pegawai SPRM di pejabatnya.

“Kita tidak ada negeri lain yang ada pegawai diletakkan tetapi ini merupakan inisiatif menteri besar untuk menempatkan seorang pegawai di pejabat beliau.

“Ini menunjukkan komitmen menteri besar dalam memastikan pentadbiran perak ini dijalankan tanpa apa-apa isu rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR), di sini, hari ini.

The post Hanya Perak letak pegawai SPRM di pejabat MB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?