Hubungan Turki-Belanda makin tegang
ISTANBUL, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Tindakan kerajaan Belanda yang menghalang Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglo masuk ke negara itu menjadikan hubungan antara kedua negara semakin tegang.
Kerajaan Belanda dalam satu kenyataanya memberitahu, sebab mereka memutuskan untuk menarik balik hak mendarat Cavusoglo adalah kerana risiko ketenteraman dan keselamatan awam.
Bagaimanapun pergelutan berlaku di di Rotterdam apabila Menteri Keluarga Turki, Fatma Betul Sayan Kaya dilapor telah ditahan pihak berkuasa Belanda dan diisytiharkan sebagai ‘individu tidak dikehendaki’.
Fatma ditahan bagi menghalang beliau daripada melakukan demonstrasi sebagai tanda solidariti terhadap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Rotterdam.
Penahanan Fatma sekali gus mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Susulan itu, Erdogan menegaskan bahawa Belanda perlu membayar harga mahal berikutan tindakan mengusir menteri Turki dari negara itu.
“Holland! Jika anda mengorbankan hubungan Turki-Belanda semata-mata kerana pilihan raya pada Rabu, anda perlu membayar harganya,” kata Erdogan.
Erdogan merujuk kepada pilihan raya perundangan di Turki, iaitu negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas mengusir Menteri Keluarga Turki, Fatma Sayan Kaya. -Agensi
The post Hubungan Turki-Belanda makin tegang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan