Isma perlu tiru gaya China lebarkan penguasaan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 19 Jamadilakhir 1438H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) disaran memantau rapi serta mengikuti kaedah China yang menggunakan aspek pendidikan untuk melebarkan penguasaan mereka secara halus di negara tertentu.

Wakil Isma Zon Tengah, Dr Isa Hamzah dalam ucapan perbahasannya pada Mesyuarat Agung Isma ke-15 menjelaskan, China menggunakan kemahiran ‘soft power’ untuk menakluki sesebuah negara.

“Bagaimana China gunakan ‘soft power’ mereka? Mereka gunakan ‘soft power’ ini untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

“‘Soft power’ ini merangkumi kemahiran untuk memujuk, meyakinkan orang. Mereka juga guna cara diplomasi, mereka masuk dalam bidang kebudayaan dan pendidikan. Dengan cara ini, orang mudah terima,” katanya di Dewan Muktamar Menara Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

Memberikan contoh, beliau berkata, China membuat pelaburan besar di beberapa rantau, termasuk Afrika Selatan serta Asia.

“Setakat ini, 300,000 pelajar luar negara sedang menuntut di universiti di China. Pada 2020 pula, China menyasarkan setengah juta pelajar dari seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran di negaranya.

“Mereka turut menawarkan biasiswa kepada rakyat Afrika yang susah. Presiden Ethipoia juga hasil daripada Peking Institute,” katanya.

Khuatir dengan situasi ini, Dr Isa menyarankan Isma membuat pelaburan yang lebih dalam bidang pendidikan kerana ia akan memberi kesan jangka masa panjang yang baik.

“Isma perlu kembangkan ‘soft power’ dalam pendidikan, kerana ini ‘long term’, kesan jangka panjang untuk bina jenama Isma itu sendiri.

“Kita juga perlu mewujudkan ‘blue print’ bagi cadangan ini, i-Guru perlu ambil peranan ini. Sekolah-sekolah perlu kita kembangkan daripada tadika sehingga tahap sekolah menengah dan seterusnya,” katanya.

The post Isma perlu tiru gaya China lebarkan penguasaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?