Isu Hangat: Jadilah Umat yang Cakna




Penangguhan Filem ‘Beauty and The Beast’ oleh pihak berkuasa adalah sesuatu yang wajib disokong oleh semua pihak. Penangguhan tarikh tayangan filem tersebut berlaku setelah menerima beberapa aduan ibu bapa kerana filem tersebut ada menayangkan mengenai kewujudan karakter hubungan sejenis (homoseksual) yang  sememangnya tidak sesuai untuk ditonton untuk kanak-kanak khususnya.

Kita semua hendaklah peka dan bimbang dengan isu gejala tidak sihat yang semakin menular terutamanya dalam kalangan remaja. Antara isu yang hangat  diperkatakan ialah hubungan cinta dan hubungan sejenis. Kewujudan fenomena baharu iaitu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgander atau lebih dikenali sebagai LGBT ini amatlah membimbangkan. Ramai anak muda yang sudah terjebak dan terikut-ikut dengan aktiviti mereka. Gejala ini sangat memberi kesan kepada agama, negara dan masyarakat. Kegiatan dan aktviti yang mereka lakukan amatlah memalukan dan menjijikan hingga ada antara mereka sudah berani mendedahkan gambar-gambar aksi bersama pasangan di facebook, twitter dan Instagram.

Kisah kaum Sadum yang dibinasakan oleh ALLAH akibat perbuatan jijik mereka, sudah cukup membuktikan bahawa Islam menentang dan melarang umatnya terlibat dengan LGBT. Tujuan setiap perkahwinan adalah untuk meramaikan umat manusia di muka bumi ini. Setiap pasangan Islam haruslah melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Bagi merealisasikan tujuan ini, ia mesti melalui ikatan perkahwinan yang sah. Cuba anda bayangkan, seorang lelaki bersuamikan lelaki dan seorang perempuan beristerikan perempuan. Mereka berkahwin tanpa melalui kaedah yang betul dan hidup bersama. Sekiranya amalan LGBT ini berleluasa maka, matlamat Islam untuk meramaikan umat tidak dapat dicapai dengan baik.

Selain itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat  rumahtangga yang kabur. Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan ALLAH, mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal. 
Islam mempunyai  alasan yang amat  kukuh dengan melihat amalan ini sebagai satu gejala yang jauh menyimpang daripada fitrah kejadian manusia yang beradab dan berakhlak mulia. Ianya boleh menjahanamkan institusi keluarga yang akan menimbulkan banyak kepincangan  sosial, budaya, psikologi, agama, etika, dan moral. Kehancuran institusi keluarga menandakan kehancuran umat manusia
Penolakkan gejala ini perlu dilakukan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak. Terutamanya pihak kerajaan serta pihak-pihak yang berkaitan dengan agama dan undang-undang. Keterlibatan daripada badan-badan NGO dan sukarelawan juga amat diperlukan.
Oleh itu, janganlah kita memandang rendah dan bersikap  diam diri dengan alasan hal ini  tidak melibatkan diri  kita. Sesungguhnya bala ALLAH itu tidak turun hanya pada orang yang melakukan kesalahan sahaja tetapi orang yang tidak bersalah pun turut menerima bala.
Firman ALLAH di dalam surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud :
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ 
“telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.Wallahu A’lam.

Kupasan oleh Ketua Wanita ISMA Kuala Terengganu:
Ustazah Fauziah Ibrahim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?